Rabu, 23 September 2015

Buntut @ Tonkeng Ayam

Buntut @ Tonkeng Ayam


Tahukah anda, 

Dada ayam seberat 38gram mengandungi 6.9mg kolesterol.
Kepak ayam seberat 92 gram mengandungi 34.1mg kolesterol.
Paha ayam sebereat 52gram mengandungi 34mg kolesterol.
Tonkeng Ayam mengandungi .... 300mg kolesterol !!!!!
Sumber - Atlas Makanan : Saiz Pertukaran dan Porsi Edisi ke-2 tahun 2009
Persatuan jantung Amerika Syarikat mencadang pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg saja setiap hari
Oleh itu, lain masa beringat-ingat sebelum memakan tonkeng ayam ini smile emoticon

Selasa, 22 September 2015

Perkara yang tertakluk dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan

Artikel 10.
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

(1)  Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);

 (a)  Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
 (b)  Semua  warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak      bersenjata;
 (c)   Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

(2)  Parlimen boleh dengan undang - undang menggunakan

(a)  Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang   didapatinya  perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana   bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b)  Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c)   Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1)apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuanatau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3)  Sekatan-sekatan ke atas  hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4)  Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana  bahagiannya  atau ketenteraman awam di bawah Fasa (2)  (a) , Parlimen boleh  meluluskan undang-undangmelarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.